Program Guerrilla Marketing & VBE Group 1
Program kesinambungan iaitu Guerrilla Marketing & VBE Group 1 adalah gabungan antara peserta-peserta sebelum ini dan dijadikan sebagai group 1 mengikut potensi peserta.
Dalam program ini, peserta didedahkan dengan cara dan teknik untuk pemasaran secara offline, iaitu bersemuka dengan pelanggan dan mempersembahkan produk mereka. Dari ini, keyakinan diri peserta akan semakin bertambah setelah melakukan aktiviti ini.
Ada juga peserta yang berjaya menarik pelanggan menjadi agent mereka dan ada juga yang berjaya menjual habis produk mereka hinggakan ada yang ambil order.
Semua ini adalah atas usaha peserta juga kerana berani menggunakan teknik yang diajar dalam program ini.
Setelah selesai program hijrah minda di tapis, hanya peserta yang layak sahaja dapat menyambung ke program seterusnya yang bertapak di Sri Iskandar Perak.
Di dalam program ini peserta didedahkan lagi dengan konsep berniaga di luar kotak dalam dunia online mahupun offline.
Peserta diajar terdapat pelbagai cara yang mudah dan dapat menjana pendapatan dengan cepat dan tidak memerlukan modal.
Peserta juga di ajar untuk membuat rancangan perniagaan bagi yang berminat untuk memohon bantuan perniagaan di Maipk, dengan format yang tersusun dan mengikut syarat yang ditetapkan untuk rancangan perniagaan.
Program ini juga berlangsung selama 3 hari 2 malam, di bawah adalah gambar aktiviti program yang dijalankan pada 3 hari tersebut.
Peserta juga di ajar untuk membuat rancangan perniagaan bagi yang berminat untuk memohon bantuan perniagaan di Maipk, dengan format yang tersusun dan mengikut syarat yang ditetapkan untuk rancangan perniagaan.
Program ini juga berlangsung selama 3 hari 2 malam, di bawah adalah gambar aktiviti program yang dijalankan pada 3 hari tersebut.
Program Hijrah Minda
Program hijrah minda yang bertempat di Grand Hotel Kampar mendapat sambutan pelbagai golongan asnaf di seluruh daerah. Hampir 150 orang yang hadir untuk sesi penghijrahan minda dalam meningkatkan produktiviti mereka dalam perniagaan.
Program ini adalah dari pagi hingga ke petang, penceramah yang terlibat adalah Uncle Zin dan En.Fauzy.
Kelas VBE
Kelas VBE yang dijalankan bagi memperkasakan penggunaan komputer untuk tujuan perniagaan dan manfaat bersama. Gigih sungguh makcik ni belajar !
Majlis Penyampaian Sijil
Hari terakhir telah pun sampai dan kini peserta Asnaf sudah mempelajari pelbagai teknik di luar kotak dan apa yang tinggal adalah cara mereka menggunakan ilmu tersebut.
Setelah selesai penyampaian Sijil, aktiviti terakhir adalah sesi bergambar dan selesailah sudah Program Proper A, supaya mereka semua dapat menjalankan tanggungjawab sebagai peniaga dan membayar zakat jika mampu.
Program Proper A Sesi Seterusnya
Program Proper A sesi terbaru diteruskan dengan peserta Asnaf baru yang terdiri dari pelbagi jenis perniagaan. Setiap peserta dihijrahkan minda supaya fikiran mereka lebih meluas untuk memikirkan strategi pemasaran dan penjualan dengan lebih berkesan.
Peserta juga didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat seperti mereka bentuk logo, poster dan pelbagai lagi dengan cara segera supaya mereka juga boleh mereka bentuk sendiri dan berupaya menjadikan sebagai bisnes sampingan.
Ada pelbagai teknik di luar kotak yang dikongsi di dalam program ini bersama Uncle Zin, ramai yang tidak menyangka bahawa teknik yang mudah inilah mampu menjana pendapatan yang banyak walaupun ia hanyalah memerlukan sedikit masa.
Subscribe to:
Comments (Atom)


























