Program Proper A Sesi Seterusnya

  • 0



Program Proper A sesi terbaru diteruskan dengan peserta Asnaf baru yang terdiri dari pelbagi jenis perniagaan. Setiap peserta dihijrahkan minda supaya fikiran mereka lebih meluas untuk memikirkan strategi pemasaran dan penjualan dengan lebih berkesan.

Peserta juga didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat seperti mereka bentuk logo, poster dan pelbagai lagi dengan cara segera supaya mereka juga boleh mereka bentuk sendiri dan berupaya menjadikan sebagai bisnes sampingan.

Ada pelbagai teknik di luar kotak yang dikongsi di dalam program ini bersama Uncle Zin, ramai yang tidak menyangka bahawa teknik yang mudah inilah mampu menjana pendapatan yang banyak walaupun ia hanyalah memerlukan sedikit masa.

No comments:

Post a Comment