Sesi Pertemuan Usahawan Proper A

  • 0





Sesi Pertemuan dengan usahawan PROPER A 
Pemantauan dan Pertemuan ( P&P ) merupakan acara atau aktiviti susulan bagi setiap program yang telah dilaksanakan. Pada peringkat awal ini, ianya bertujuan memastikan peserta usahawan asnaf yang telah mengikuti program pada bulan lepas jelas dengan halatuju dan apa yang perlu dicapai dalam tempoh tertentu.
Para peserta berkumpul dan diberi taklimat untuk fokus dengan produk tertentu supaya ianya tidak bertindih dengan peserta yang lain. Ini penting kerana di dalam jemaah atau kumpulan yang sama, tidak perlu ada persaingan walaupun kita tahu rezeki dari Allah. Ini adalah soal mendidik jiwa bisnes peserta untuk berbisnes secara jemaah dan perkara ini sedikit sebanyak dapat menguatkan jemaah.

No comments:

Post a Comment